Kuala Terengganu memang cantik. Kehidupan di sini juga santai. Tak ada traffic jam, tak seperti Kota Bharu yang bajet New York yang selalu traffic jam. Haha. Ada banyak pantai yang boleh dipilih untuk dijadikan tempat bersantai sambil menikmati seafood goreng tepung yang fresh.
The hallmark of my visit ke Kuala Terengganu adalah bila saya dan kawan pergi melawat Muzium Kuala Terengganu, muzium terbesar di Malaysia. Naik lenguh dan sakit2 kaki lepas merayau-rayau dalam muzium.
Sebelum tu pergi melawat Masjid Kristal. Masjid ni memang cantik. Kalau melihat keluasan lantai masjid tu, dibandingkan dengan masjid di kampung aku, rasanya masjid kampung aku dapat muat lebih muat jemaah kot.
Tapi satu benda yang menarik perhatian saya. Iaitu stadium yang bumbungnya runtuh tu. Nampak stadium tu waktu dalam perjalanan ke Pantai Teluk Ketapang. Sakit mata. Bila reruntuhan tu nak dibersihkan? Terlihat sama je keadaannya seperti waktu mula-mula bumbungnya roboh.



Oklah, that's all for now.
p/s: lupa makan keropok lekor dan tak sempat makan rojak kaki lembu di sana
No comments:
Post a Comment